Info Terkini:

INFO Terkini !!! 1. Kursus 1Citizen [ Tarikh: 5 & 6 Julai 2013 ] [Hari: Jumaat & Sabtu ] [ Tempat: Bilik Latihan ICT Pi1M Guar Chempedak ] [ Masa:9.00 pagi-5.00 petang ] [Sila SMS Nama_No.Kad Pengenalan_No Telefon_Tarikh Kursus dan hantar ke 019-5239310 bagi pra-pendaftaran ] [ Penyertaan Terhad 20 orang sahaja 1st Come 1st Serve ] [Sijil Disediakan & PERCUMA!!!! ] 2. Taklimat Geran GMBO [ Tempat: Bilik Latihan ICT Pi1M Guar Chempedak ] [ Masa: 2.00 petang-4.00 petang Setiap Hari Selasa] [Sila SMS Nama_No.Kad Pengenalan_No Telefon_Tarikh Kursus dan hantar ke 019-5239310 bagi pra-pendaftaran ] [ Taklimat PERCUMA!!!! ] Atau Klik Tab Daftar Kursus Online bagi pendaftaran secara online Sebarang Pertanyaan Hubungi 019-5239310 Harap Maklum

Saturday 9 February 2013

Permohonan Dan Syarat Mendapatkan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

PROGRAM GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE















Syarat-Syarat Kelayakan

1) Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;2) Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;3) Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;4) Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
5) Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
6) Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Soalan-Soalan Lazim (FAQS)
Soalan:
Apakah itu Get Malaysian Business Online
Jawapan:
Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
Soalan:
Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
Jawapan:
Syarat-syarat permohonan:
Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

No comments:

Post a Comment