Info Terkini:

INFO Terkini !!! 1. Kursus 1Citizen [ Tarikh: 5 & 6 Julai 2013 ] [Hari: Jumaat & Sabtu ] [ Tempat: Bilik Latihan ICT Pi1M Guar Chempedak ] [ Masa:9.00 pagi-5.00 petang ] [Sila SMS Nama_No.Kad Pengenalan_No Telefon_Tarikh Kursus dan hantar ke 019-5239310 bagi pra-pendaftaran ] [ Penyertaan Terhad 20 orang sahaja 1st Come 1st Serve ] [Sijil Disediakan & PERCUMA!!!! ] 2. Taklimat Geran GMBO [ Tempat: Bilik Latihan ICT Pi1M Guar Chempedak ] [ Masa: 2.00 petang-4.00 petang Setiap Hari Selasa] [Sila SMS Nama_No.Kad Pengenalan_No Telefon_Tarikh Kursus dan hantar ke 019-5239310 bagi pra-pendaftaran ] [ Taklimat PERCUMA!!!! ] Atau Klik Tab Daftar Kursus Online bagi pendaftaran secara online Sebarang Pertanyaan Hubungi 019-5239310 Harap Maklum

Tentang Pi1M

Pusat Internet 1Malaysia

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Guar Chempedak (dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti-PJK) mengalu-alukan kedatangan anda ke laman blog ini. Pusat Internet 1Malaysia ialah projek kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Maxis Mobile Sdn Bhd. Inisiatif utama bagi Pi1M Guar Chempedak ialah untuk merapatkan jurang digital di kalangan penduduk tempatan. Pi1M Guar Chempedak ialah antara projek pertama di negeri Kedah yang mendedahkan penduduk tempatan kepada Teknologi Maklumat (ICT) yang terbaru untuk melahirkan komuniti yang celik IT.

Pi1M Guar Chempedak dilengkapi dengan peralatan jalur lebar dan kemudahan ICT yang terkini yang membenarkan penduduk tempatan mendalami dan meluaskan pengetahuan mereka dalam bidang ini, terutamanya tentang komputer dan kegunaannya.

 Keahlian Pusat Internet 1Malaysia Guar Chempedak :

> Terbuka kepada semua golongan pelbagai peringkat umur
> Yuran Keahlian Pi1M hanya RM 5.00 bagi seumur hidup
> Warganegara Malaysia


Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli Pi1M:

> Kursus Asas Komputer Percuma
> Cenderahati Pi1M Percuma (Terhad)
> Menikmati kadar caj perkhidmatan yang lebih istimewa di Pi1M
> Percuma 1 jam akses internet bagi setiap pendaftaran keahlian baru
> Promosi Member Get Member
> Member Birthday Gift
> Khidmat nasihat ICT percuma