Info Terkini:

INFO Terkini !!! 1. Kursus 1Citizen [ Tarikh: 5 & 6 Julai 2013 ] [Hari: Jumaat & Sabtu ] [ Tempat: Bilik Latihan ICT Pi1M Guar Chempedak ] [ Masa:9.00 pagi-5.00 petang ] [Sila SMS Nama_No.Kad Pengenalan_No Telefon_Tarikh Kursus dan hantar ke 019-5239310 bagi pra-pendaftaran ] [ Penyertaan Terhad 20 orang sahaja 1st Come 1st Serve ] [Sijil Disediakan & PERCUMA!!!! ] 2. Taklimat Geran GMBO [ Tempat: Bilik Latihan ICT Pi1M Guar Chempedak ] [ Masa: 2.00 petang-4.00 petang Setiap Hari Selasa] [Sila SMS Nama_No.Kad Pengenalan_No Telefon_Tarikh Kursus dan hantar ke 019-5239310 bagi pra-pendaftaran ] [ Taklimat PERCUMA!!!! ] Atau Klik Tab Daftar Kursus Online bagi pendaftaran secara online Sebarang Pertanyaan Hubungi 019-5239310 Harap Maklum

Thursday 5 May 2011

Apabila Daerah Yan DiKenali Dengan Keindahan Panoramanya..

PAPARAN kisah unik masyarakat dijadikan plot utama penceritaan sesebuah drama mahupun filem tempatan jarang dipertontonkan di kaca televisyen (TV).
Menyedari industri drama tanah air ketandusan idea-idea yang sebegitu, Unit Drama Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sentuhan terbaru dengan menghasilkan Makbul, sebuah drama bersiri yang bergenrekan kemasyarakatan serta penuh dengan elemen keislaman.
Menariknya, Makbul bukanlah seperti drama komersial biasa yang sering berpaksikan cinta antara remaja.
Sebaliknya, ia mengetengahkan kisah kealpaan manusia dalam mengamalkan doa untuk mencapai hajat mereka.
Drama yang diterbitkan sebanyak 13 episod itu dijangka menjadi bualan ramai kerana tema yang disajikan cukup dekat dengan jiwa komuniti kini.
Lebih menarik, bintang utama siri itu ditunjangi oleh pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, Kartina Aziz, Khatijah Tan dan Fathil Dani.
Menurut pengarah siri berkenaan, Asri Alias, walaupun Makbul tidak banyak memper-taruhkan barisan pelakon muda, dia yakin kesegaran jalan cerita yang diketengahkan mampu menarik minta audiens.
"Saya percaya, jalan cerita yang disertakan dengan skrip yang kuat mampu membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk mereka.
"Ditambah pula dengan lakonan mantap para pelakon veteran, Makbul boleh memberi kelainan kepada audiens," katanya pada majlis pratonton drama tersebut di Wisma TV RTM, baru-baru ini.
Selain itu, penampilan seorang muka baru, Yushazizi Yusof yang memegang watak Bol menjadi taruhan utama Asri dalam drama ini.
Walaupun pertama kali berlakon di kaca TV, bakat yang ditonjolkan Yushazizi menerusi Makbul cukup mengkagumkan.
Jelas Asri, Yushazizi adalah aktivis teater negeri Kedah. Jadi, kemampuannya menghayati watak Bol, seorang pemuda kampung yang lurus bendul sangat menyerlah.
"Saya yakin, lakonan Yushazizi berjaya memberi impak kepada para audiens dan mengasihani watak Bol yang dibawakannya," tambah Asri.
Turut berlakon dalam drama ini ialah Mubarak Majid, Zakaria Yusoff, Wan Maimunah, Zulkifli Ismail, Kazar Saisi, Sheila Mambo, Abu Bakar Juah dan ramai lagi.
Skrip Makbul ditulis oleh Zabidi Mohamed dan 90 peratus penggambarannya dijalankan di Yan, Kedah. Ia ditayangkan setiap Khamis pukul 9 malam di TV2 mulai 7 April lalu.


Sumber: http://www.utusan.com.my/

Friday 8 April 2011

Kursus Pembinaan dan Penulisan Blog Bagi Pelajar Sekolah

 Tarikh :
Sepanjang Bulan Mei 2011
Lokasi :
Pusat Jalur Lebar komuniti Pekan Guar Chempedak
Yuran Penyertaan :
RM5.00
Tarikh Tutup Pendaftaran: 
28 April 2011 

Sijil akan Disediakan 

Objektif Kursus
Kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, etika blogger, cara membuat blog ( domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video, muzik dll) serta teknik –teknik asas blogging.
  1. Memahami konsep blog, blogger & blogging.
  2. Menyediakan blog yang ringkas, cepat dan bermanfaat.
  3. Berinteraksi di internet menggunakan media blog.
Kandungan Kursus
  • Pengenalan kepada blog, blogger & blogging.
  • Senario blog.
  • Hos Blog.
  • Keperluan membina blog.
  • Menjadi penulis blog yang baik.
  • Host blog percuma – Blogspot ( Mendaftar , posting artikel, gambar & video, 6 wiget asas, link, pages & komen ).
  • Bengkel Bina Blog Pelancongan 

*Peserta perlu mendaftar sebagai ahli Pusat Jalur Lebar Komuniti Pekan Guar Chempedak.Pendaftaran keahlian juga boleh dilakukan secara online.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di Pusat Jalur Lebar Komuniti Pekan Chempedak.