SOALAN LAZIM
GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
1. S: Apakah itu Get Malaysian Business Online?
J: Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
2. S: Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
J: Syarat-syarat permohonan:
Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?
J: Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.
4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon?
J: Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my. Sekiranya pemohon tiada akses internet, permohonan boleh dilakukan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
5. S: Bagaimanakah geran diagihkan?
J: Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.
6. S: Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?
J: Permohonan yang diterima akan disemak dalam tempoh 30 hari bekerja. Proses kelulusan akan dilakukan setelah semua butiran adalah benar dan tepat.
7. S: Apakah sebab permohonan ditolak?
J: Permohonan ditolak disebabkan oleh beberapa faktor berikut:
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
Syarat-syarat tidak dipenuhi;
Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.
8. S: Berapa kali permohonan boleh dibuat?
J: Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.
9. S: Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?
J: Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.
10. S: Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
J: Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.
11. S: Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?
J: Tiada.
12. S: Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?
J: Tidak
13. S: Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?
J: Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.
14. S: Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan? J: Tiada
15. S: Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?
J: Tiada.
16. S: Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?
J: Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya. Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.
17. S: Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?
J: Ya.
18. Saya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?
J: Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
19. S: Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?
J: Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.
20. S: Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?
J: Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.
21. S: Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?
J: Pendaftaran alamat internet boleh dilakukan dengan .my DOMAIN REGISTRY melalui wakil-wakil jualan sah .my DOMAIN REGISTRY yang berdaftar. Senarai wakil-wakil jualan tersebut boleh didapati dipautan http://www.domainregistry.my/bm/reseller-list.php manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang.
22. S: Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?
J: Ya.
23. S: Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?
J: Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.
24. S: Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?
J:
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.
25. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?
J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.
26. S: Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?
J: Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.
Thursday, 27 June 2013
Saturday, 9 February 2013
Permohonan Dan Syarat Mendapatkan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online
PROGRAM GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
Syarat-Syarat Kelayakan
1) Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;2) Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;3) Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;4) Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
Syarat-Syarat Kelayakan
1) Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;2) Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;3) Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;4) Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
5) Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
6) Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
6) Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Soalan:
Apakah itu Get Malaysian Business Online
Jawapan:
Apakah itu Get Malaysian Business Online
Jawapan:
Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
Soalan:
Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
Jawapan:
Syarat-syarat permohonan:
Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
Syarat-syarat permohonan:
Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Program Get Malaysian Business Online (GMBO)
Google, Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, .my Domain Registry, SME Corp. Malaysia dan iTrain telah bekerjasama untuk mencipta Get Malaysian Business Online. Dengan misi untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia memanfaatkan Internet dan seterusnya membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana terus berjaya memasarkan produk mereka secara online.
Sebagai sebahagian dari Get Malaysian Business Online, Kami di Pi1M menawarkan syarikat-syarikat kecil dan sederhana di kawasan Yan terutamanya laman web dgn domain .com.my untuk harga istimewa RM23 setahun.
Maklumat Lanjut, sila layari:
http://ms.getmybusinessonline.com.my/kisah
Friday, 8 February 2013
Program Pensijilan 1Citizen
1CITIZEN merupakan satu program latihan khas yang
dibangunkan untuk memupuk perpaduan
negara melalui penggunaan teknologi yang berhemah. Ia memberi inspirasi netizen
untuk menjadi pemikir kritikal yang memahami kesan etika tingkah laku dalam
talian. Program ini membantu anda mendapat Pensijilan CITIZEN bertaraf dunia
program, pensijilan dalam Netiquette untuk mengesahkan dan mengesahkan
pemahaman anda peraturan asas untuk kegunaan yang boleh diterima dalam dunia
digital hari ini.
Objektif Pensijilan CITIZEN IC
Untuk melahirkan warganegara digital celik dan
bertanggungjawab melalui:
- Menjadi pemikir yang kritikal dalam menganalisis
sumber maklumat dan mesej serta untuk menilai apa kesan boleh
- Memahami kesan etika tingkah laku dalam talian
- Membuat keputusan yang baik etika tingkah laku
mereka dalam talian
- Untuk menyediakan pengguna untuk masyarakat penuh teknologi
tanpa menyalahgunakan dan menyalahgunakan mereka
-Untuk menggalakkan global 'berkelakuan baik' apabila
berkomunikasi, angkat 'perpaduan' dan 'budaya kerjasama' dalam dunia digital
Untuk memastikan hak untuk akses yang saksama, selamat dan
boleh dipercayai untuk Media Digital & Sumber
Memperoleh Pengetahuan & Kefahaman dalam 8 Nilai
Kritikal
Program ini memperakui pengetahuan dan pemahaman Nilai
berikut: e-Access, e-Berpengetahuan, e-Peraturan, e-Keselamatan, e-Interaksi
& kerjasama, e-Enterprise, e-Penjagaan dan e-Akauntabiliti.
Hasil Program
Setelah selesai latihan, anda akan mengambil peperiksaan
CITIZEN IC yang terdiri daripada 45 aneka pilihan soalan dalam had masa
60-minit. Ujian ini akan menunjukkan dan mengesahkan kefahaman anda tentang
bagaimana untuk menggunakan teknologi yang berpadanan.
** Bagi pelajar Malaysia, anda juga dikehendaki untuk
menghasilkan portfolio kerja yang menggabungkan satu atau lebih unsur.
Saturday, 7 July 2012
Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti Guar Chempedak-15 Julai 2012
Aktiviti-Aktiviti Menarik:
* Pameran Jabatan Penerangan & Jualan Aksesori Komputer
* Pemeriksaan Kesihatan Peruma
* Akses Internet Percuma
* Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
* Typing Master Challenge
* Pertandingan Jejak Maklumat ICT
* Pengisian Permohonan Jawatan Secara Online (JobsMalaysia, SPA, Jobstreet)
* Bengkel Laman Web 'Get Malaysia Business Online) bagi Usahawan IKS
* Pendaftaran keahlian PJK Seumur Hidup (Percuma)
* Pendaftaran Wifi Kampung Tanpa Wayar
* Kuiz ICT
* Cabutan Bertuah
Tentatif Program
9.15 pg • Pendaftaran Wakil Pameran
9.30 pg • Ketibaan Dif-Dif Tetamu VIP
9.45 pg • Bacaan Doa
9.55 pg • Ucapan Alu-Aluan Pengurus PJK Guar Chempedak
10.05 pg • Ucapan Timbalan Pengarah SKMM
10.20 pg • Ucapan & Perasmian
10.40 pg • Penyampaian Hadiah ( Pertandingan Mencipta Laman Web IKS (GMBO) & Cabutan Bertuah (1)
10.55 pg • Lawatan Pameran
11.20 pg • Pertandingan:-
• Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak TBK
• Typing Master Challenge
• Pertandingan Jejak Maklumat
• Kuiz ICT
• Pameran:-
• Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)
• TEKUN
• Maxis
• Jabatan Kesihatan/ Pemeriksaan Kesihatan Percuma
• Jabatan Penerangan Daerah Yan
Aktiviti Lain
• Pendaftaran Keahlian PJK Secara Atas Talian
• E-Recruitment (Jobmalaysia,SPA & Jobstreet)
• Pendaftaran Keahlian PJK Secara Atas Talian
• E-Recruitment (Jobmalaysia,SPA & Jobstreet)
2.15 ptg • Taklimat GMBO kepada Usahawan-Usahawan TEKUN Guar Chempedak
3.30 ptg • Cabutan Bertuah (2)
4.00 ptg • Upacara Penyampaian Hadiah
4.30 ptg • Bersurai
Thursday, 5 May 2011
Apabila Daerah Yan DiKenali Dengan Keindahan Panoramanya..
PAPARAN kisah unik masyarakat dijadikan plot utama penceritaan sesebuah drama mahupun filem tempatan jarang dipertontonkan di kaca televisyen (TV).
Menyedari industri drama tanah air ketandusan idea-idea yang sebegitu, Unit Drama Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sentuhan terbaru dengan menghasilkan Makbul, sebuah drama bersiri yang bergenrekan kemasyarakatan serta penuh dengan elemen keislaman.
Menariknya, Makbul bukanlah seperti drama komersial biasa yang sering berpaksikan cinta antara remaja.
Sebaliknya, ia mengetengahkan kisah kealpaan manusia dalam mengamalkan doa untuk mencapai hajat mereka.
Drama yang diterbitkan sebanyak 13 episod itu dijangka menjadi bualan ramai kerana tema yang disajikan cukup dekat dengan jiwa komuniti kini.
Lebih menarik, bintang utama siri itu ditunjangi oleh pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, Kartina Aziz, Khatijah Tan dan Fathil Dani.
Menurut pengarah siri berkenaan, Asri Alias, walaupun Makbul tidak banyak memper-taruhkan barisan pelakon muda, dia yakin kesegaran jalan cerita yang diketengahkan mampu menarik minta audiens.
"Saya percaya, jalan cerita yang disertakan dengan skrip yang kuat mampu membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk mereka.
"Ditambah pula dengan lakonan mantap para pelakon veteran, Makbul boleh memberi kelainan kepada audiens," katanya pada majlis pratonton drama tersebut di Wisma TV RTM, baru-baru ini.
Selain itu, penampilan seorang muka baru, Yushazizi Yusof yang memegang watak Bol menjadi taruhan utama Asri dalam drama ini.
Walaupun pertama kali berlakon di kaca TV, bakat yang ditonjolkan Yushazizi menerusi Makbul cukup mengkagumkan.
Jelas Asri, Yushazizi adalah aktivis teater negeri Kedah. Jadi, kemampuannya menghayati watak Bol, seorang pemuda kampung yang lurus bendul sangat menyerlah.
"Saya yakin, lakonan Yushazizi berjaya memberi impak kepada para audiens dan mengasihani watak Bol yang dibawakannya," tambah Asri.
Turut berlakon dalam drama ini ialah Mubarak Majid, Zakaria Yusoff, Wan Maimunah, Zulkifli Ismail, Kazar Saisi, Sheila Mambo, Abu Bakar Juah dan ramai lagi.
Skrip Makbul ditulis oleh Zabidi Mohamed dan 90 peratus penggambarannya dijalankan di Yan, Kedah. Ia ditayangkan setiap Khamis pukul 9 malam di TV2 mulai 7 April lalu.Sumber: http://www.utusan.com.my/
Friday, 8 April 2011
Kursus Pembinaan dan Penulisan Blog Bagi Pelajar Sekolah
Tarikh :
Sepanjang Bulan Mei 2011
Lokasi :
Pusat Jalur Lebar komuniti Pekan Guar Chempedak
Yuran Penyertaan :
RM5.00
Tarikh Tutup Pendaftaran:
28 April 2011
Sijil akan Disediakan
Objektif Kursus
Kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, etika blogger, cara membuat blog ( domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video, muzik dll) serta teknik –teknik asas blogging.
- Memahami konsep blog, blogger & blogging.
- Menyediakan blog yang ringkas, cepat dan bermanfaat.
- Berinteraksi di internet menggunakan media blog.
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada blog, blogger & blogging.
- Senario blog.
- Hos Blog.
- Keperluan membina blog.
- Menjadi penulis blog yang baik.
- Host blog percuma – Blogspot ( Mendaftar , posting artikel, gambar & video, 6 wiget asas, link, pages & komen ).
- Bengkel Bina Blog Pelancongan
*Peserta perlu mendaftar sebagai ahli Pusat Jalur Lebar Komuniti Pekan Guar Chempedak.Pendaftaran keahlian juga boleh dilakukan secara online.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di Pusat Jalur Lebar Komuniti Pekan Chempedak.
Subscribe to:
Posts (Atom)